MENU

DATUK BANDAR PETALING JAYA

Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain. D.S.I.S, AMN, AMS.

Datuk Bandar Petaling Jaya

 

Assalamualaikum w.b.t.dan Salam Muhibbah

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung laman web Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Selari dengan perkembangan era teknologi maklumat  dan ICT, yang mana orang ramai boleh mencari maklumat di mana sahaja mereka berada dengan kata lain maklumat dengan pantas di hujung jari pengguna internet. Justeru itu, MBPJ juga tidak melepaskan peluang menyediakan kemudahan penggunaan internet sebagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna internet bagi mendapatkan maklumat mengenai Petaling Jaya.

Penduduk Petaling Jaya khususnya boleh mengetahui informasi semasa mengenai program-program sukan, sosial, kebudayaan, rekreasi, kempen-kempen terkini dan lain-lain yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui laman web MBPJ. Di samping itu anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat asas antaranya senarai Ahli-Ahli Majlis MBPJ, Zon-zon kawasan Ahli Majlis, ADUN di Petaling Jaya, maklumat korporat, maklumat jabatan di MBPJ, PeBT, pembangunan di Petaling Jaya, perkhidmatan-perkhidmatan baru yang disediakan oleh Majlis.

Melalui e-perkhidmatan pula pengujung-pengunjung, khasnya penduduk Petaling Jaya boleh menggunakan perkhidmatan Aduan On-line, Semakan Kompaun, MBPJ GIS dan e-tender yang memerlukan pengguna mendaftar ID Pengguna terlebih dahulu. Selain itu turut disediakan pekhidmatan e-lesen dan e-borang yang mempunyai pautan dengan e-pbt  di Malaysia.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web MBPJ kepada pengunjung-pengunjung laman web kami. Diharapkan pengunjung  laman web ini mendapat maklumat yang diingini.

 

“BANDAR RAYA PENERAJU, DINAMIK DAN LESTARI”

Sekian, terima kasih

 

DATO' MOHD AZIZI BIN MOHD ZAIN

Datuk Bandar Petaling Jaya

 

UCAPAN DATUK BANDAR MBPJ

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 November 2017 - 2:30pm