Jalan Raya
Petaling Jaya mempunyai hubungan jalan raya yang amat baik dengan Kuala Lumpur serta seluruh negara. Jalan penghubung utama Kuala Lumpur - Petaling Jaya adalah Lebuhraya Persekutuan melalui Bandar Petaling Jaya dan seterusnya ke Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang. Jalan penghubung utama bagi utara Petaling Jaya pula adalah Lebuhraya Sprint, manakala Lebuhraya Pantai menghubungkan kawasan-kawasan selatan Petaling Jaya.
Jika pemandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar utama untuk ke Petaling Jaya adalah Subang, Damansara dan Kota Damansara.
Kereta Api
Transit Aliran Ringan laluan Kelana Jaya menghubungkan kawasan tengah Kuala Lumpur dan Bandar Petaling Jaya serta merupakan cara yang baik mengelak kesesakan jalan raya di antara kedua-dua destinasi ini terutamanya semasa waktu puncak. Stesen utama yang terletak di Petaling Jaya adalah di Taman Jaya (paling dekat dengan PJ New Town), Asia Jaya ( jarak berjalan ke perhentian bas KL-Klang), Taman Bahagia, Taman Paramount dan Kelana Jaya.
Kereta Api elektrik KTM Komuter juga berhenti di beberapa tempat di Petaling Jaya. Stesen-stesen tersebut adalah Jalan Templer, Kampung Datuk Harun, Seri Setia dan Setia Jaya yang terletak dalam aliran Sentul - Pelabuhan Klang.
Bas
Ke/Dari Kuala Lumpur: Petaling Jaya dihubungkan dengan Kuala Lumpur oleh bas-bas Rapid-KL dan Metrobus. Perhentian-perhentian bas yang utama termasuk Asia Jaya, Damansara Uptown dan Bandar Utama. Jalan utama Rapid-KL yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya adalah T80 (dari Shah Alam melaui Lebuhraya Persekutuan), T81 (dari Subang melalui Lebuhraya Persekutuan) dan T82 (Bandar Utama). Terdapat juga bas penghubung dari Petaling Jaya ke Klang dan Pelabuhan Klang, yang disediakan oleh Transnasional (boleh dinaiki di stesen-stesen bas sepanjang Lebuhraya Persekutuan) dan Putrajaya (jalan T43 Rapid-KL dari Bandar Utama).
Teksi
Semua teksi bermeter yang beroperasi di Kuala Lumpur juga beroperasi di Petaling Jaya.
Sila ambil maklum maklumat adalah berubah-ubah dari semasa ke semasa.