Melalui Keretapi
- Perjalanan melalui Kelana Jaya menggunakan Transit Aliran Ringan (PUTRA -LRT) dari Kuala Lumpur ke Petaling Jaya.
- KTM Komuter juga melalui kawasan di Petaling Jaya melalui stesen Jalan Templer, Kampung Dato Harun, Seri Setia dan Setia Jaya.
Melalui Teksi
- Semua teksi bermeter melalui kawasan sekitar Daerah Petaling Jaya
Melalui Bas
- Bas awam yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya adalah seperti bas Rapid-KL atau Metrobus.
- Bas Rapid-KL
- T80 - dari Shah Alam melaui Lebuhraya Persekutuan
- T81 - dari Subang melalui Lebuhraya Persekutuan
- T82 - melalui Bandar Utama
- Bas Transnasional (dari PJ ke klang atau Pelabuhan Klang) boleh dinaiki di stesen-stesen bas sepanjang Lebuhraya Persekutuan dan Putrajaya (jalan T43 Rapid-KL dari Bandar Utama)
- Bas mewah dwi-tingkat Aeroline yang beroperasi di antara PJ dan Singapura berhenti di dua lokasi di PJ iaitu Menara Axis (bertentangan stesen LRT Asia Jaya) dan pusat membeli-belah One Utama. Dari Menara Axis, terdapat empat kali perjalanan ke Singapura sehari (bertolak pukul 8:00, 9:30, 11;00, 18:00) manakala di One Utama, dua kali perjalanan sehari (bertolak 10:00 dan 18:30)