MENU

Bantuan Pengguna

Sila gunakan pautan di atas untuk bantuan mengenai Laman Utama, Menu Utama, Carian, Galeri Foto, Kalendar dan RSS.

Bagi pertanyaan am anda juga boleh merujuk bahagian Soalan Lazim untuk mendapatkan jawapan segera.

Masih memerlukan bantuan?

Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda menggunakan borang maklumbalas yang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja.

Menu Utama

Menu utama portal MBPJ mengandungi:

Menu Info Petaling Jaya menyediakan informasi berguna kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti latar belakang Petaling Jaya dan Panduan Petaling Jaya.Antara maklumat yang boleh didapati dalam panduan Petaling Jaya adalah seperti tempat-tempat menarik dan pengangkutan yang terdapat di sekitar Petaling Jaya.

Menu MB Petaling Jaya  memuatkan maklumat mengenai profil MBPJ,pengurusan, peluang pekerjaan,tender dan sebutharga dan anugerah-anugerah yang diterima oleh pihak MBPJ.

Dalam menu ini, pengguna difokuskan kepada maklumat yang berkaitan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menu Perkhidmatan memuatkan maklumat yang berkaitan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh MBPJ.Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti senarai perkhidmatan, e-perkhidmatan dan PJcityplan.

Menu Sumber  memuatkan maklumat seperti perpustakaan,muzium,perundangan(yang melibatkan akta,undang-undang kecil dan enakmen),pekeliling dan panduan,kewangan,pusat IT,penerbitan dan muat turun borang. Dalam ruangan muat turun borang, pengguna boleh memuat turun borang-borang yang dikeluarkan oleh pihak MBPJ.

Carian
 

Carian  terletak di sudut atas kanan membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Galeri Foto

  • Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Album.
  • Sebagai contoh, di dalam Album Kempen Pencegahan Jenayah memaparkan gambar aktiviti yang dilakukan semasa kempen tersebut dijalankan.
  • Pengguna boleh klik pada gambar untuk keterangan lanjut.
  • Gambar juga boleh dimuat turun.

Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C). Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Mengapa RSS perlu?

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan MBPJ. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MBPJ dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada portal MBPJ dengan lebih pantas dan berkesan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 March 2017 - 8:47am