MENU
  • Notice: Undefined offset: 1 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 2 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 3 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 4 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).

MEMBUAT ADUAN DAN CARA MENGHUBUNGI MBPJ 

Selamat datang ke ruangan Soalan Lazim Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ruangan ini bertujuan untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh MBPJ.

Sekiranya maklumat yang anda kehendaki tiada di dalam ruangan ini, anda boleh menghubungi kami melalui email di aduan@mbpj.gov.my, telefon di 03-79563544. Anda juga boleh menghubungi terus jabatan berkaitan menggunakan Direktori Am Jabatan/Bahagian. Terima kasih.

  1. Bagaimana saya mahu membuat tempahan atau sewaan dewan, padang dan lain-lain kemudahan MBPJ?
    • Untuk tempahan sila hubungi Kaunter Tempahan Setempat di talian 03-79563544 ext 148 atau 158.
  2. Bagaimanakah saya mahu membuat aduan kepada MBPJ?
  3. Bagaimanakah saya hendak menyemak status aduan saya?
    • Aduan boleh disemak secara online dengan memasukkan nombor aduan yang diberikan kepada anda semasa membuat aduan. Layari pautan berikut untuk Semakan Aduan.
  4. Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat mengenai Ahli Majlis MBPJ?
    • Maklumat berkenaan Ahli Majlis MBPJ boleh diperolehi di sini.

CUKAI TAKSIRAN

  1. Bagaimanakah saya hendak membuat bayaran Cukai Taksiran MBPJ?
    • Bayaran boleh dibuat melalui ePay@MBPJ melalui laman web MBPJ.
    • Bayaran boleh dibuat melalui kaunter seperti berikut;
      • Kaunter Utama Ibu Pejabat MBPJ (Isnin - Jumaat, 8.00 pg - 5.00 ptg).
      • Kaunter Cawangan, Menara MBPJ (Isnin - Jumaat, 8.30 pg - 5.00 ptg).
      • Kaunter Cawangan, Kota Damansara (Isnin - Jumaat, 8.00 pg - 4.00 ptg).
      • Kaunter Pandu Masuk, Belakang Ibu Pejabat MBPJ (Isnin - Jumaat, 9.00 pg - 3.00 ptg).
      • Kaunter Bil Setempat TM, TNB, Syabas, DBKL & Pejabat Pos (1 Jan - 28 Feb dan 1 Jul - 31 Ogos setiap tahun).
      • Kaunter Bayaran PBT & PTG di negeri Selangor.
      • Kanuter Bergerak MBPJ di lokasi-lokasi terpilih.
    • Bayaran boleh dibuat secara online melalui internet banking.
    • Bayaran boleh dibuat melalui kaunter bank berikut;
      • Ambank
      • Bank Rakyat
    • Bayaran boleh dibuat melalui autodebit kad kredit;
      • American Express
      • Southern Bank
      • Citibank
      • OCBC Bank
  2. Bilakah tarikh-tarikh bayaran cukai taksiran?
    • Januari - Jun pada atau sebelum 28 Februari.
    • Julai - Disember pada atau sebelum 31 Ogos.
  3. Bagaimanakah saya hendak membuat pertukaran Alamat Surat Menyurat atau Pertukaran Hak Milik Harta?
    • Anda perlu mengisi borang khas untuk pertukaran alamat atau pertukaran hak milik harta. Borang boleh dimuat turun daripada Borang Online MBPJ.
  4. Untuk maklumat am berkenaan Penilaian dan Cukai Taksiran MBPJ sila layari pautan berikut. Maklumat am Penilaian dan Cukai Taksiran.

Sebarang pertanyaan mengenai Cukai Taksiran sila hubungi Jabatan Perbendaharaan MBPJ di talian 03-79563544 ext 102/103/106 dan 109, atau faks di talian 03-79582697.

MAKLUMAT AM MENGENAI PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT)

  1. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
    145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.
  2. Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
    Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
  3. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
    Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.
  4. Jika pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
    Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin
  5. Apakah warna tong kitar semula?
    Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :
    Warna Biru - Untuk kertas
    Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastic
    Warna Coklat - Untuk kaca
  6. Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?
    Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.
  7. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
    Majlis/Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

    Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

    Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
    • Majlis/Dewan Bandaraya
    • Majlis Perbandaran
    • Majlis Daerah Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

JABATAN KAWALAN BANGUNAN

1. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan permohonan-permohonan yang melibatkan Jabatan Kawalan Bangunan?

Sila klik pautan ini untuk melihat semua Soalan Lazim berkaitan Jabatan Kawalan Bangunan.