LATAR BELAKANG Pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan  penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan  pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penemapatan baru yang dikenali Petaling Jaya. Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954. Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 807,879 orang (Jan 2024) dan bilangan pegangan harta sebanyak 276,793 (Jan 2024). Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor. Pentadbiran Majlis terdiri daripada 25 orang Ahli Majlis dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar. Ahli Majlis adalah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Datuk Bandar adalah seorang pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Datuk Bandar bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua Jabatan dalam menetapkan dan melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktiviti Majlis. Majlis meluluskan draf undang-undang Majlis dan membentuk polisi-polisi untuk dilaksanakan oleh jabatan. Dalam menjalankan tugasnya, beberapa jawatankuasa Majlis telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan, Jawatankuasa Infrastruktur dan Penasihat Lalulintas, Jawatankuasa Pengindahan Bandar, Jawatankuasa Kemasyarakatan, Perkhidmatan, Korporat dan Teknologi Maklumat, Jawatankuasa Perancangan Bandar, Jawatankuasa Pusat Setempat(OSC), Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Sebut Harga, Jawatankuasa Bantahan Nilai Harta, Pihak Berkuasa Melantik dan Lembaga Tatatertib.   MAKLUMAT UMUM PETALING JAYA (JAN 2024)  
 
Keluasan 
97.2 km persegi 
 
Penduduk 
807,879 orang 
 
Bunga Rasmi 
Bunga Inai Merah 
(Lagerstromia India)
 
Pusat Bandar 
23 
 
IPTA 
3 
 
IPTS/Kolej 
52 
 
Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan 
27 
 
Sekolah Menengah Swasta 
4 
 
Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan 
41 
 
Sekolah Rendah Swasta 
8 
 
SRJK Cina 
7 
 
SRJK Tamil 
4 
 
Sekolah Rendah Agama 
7 
 
Tadika 
113 
 
Taska 
96 
 
Pusat Jagaan 
80 
 
Masjid 
28 
 
Kuil 
9 
 
Tokong 
9 
 
Gereja 
15 
 
Stadium 
2 
 
Dewan Serbaguna/Balai Raya 
35 
 
Pusat Kesihatan Kerajaan 
5 
 
Hospital/Pusat Kesihatan Swasta 
3 
 
Pusat Membeli-Belah 
16 
 
Gerai 
1271 unit 
 
Pasar Pagi 
1182 petak 
 
Pasar Malam 
7442 petak 
 
Hotel 
101 
 
Bilangan Industri 
3236 
 
Pusat Bandar Separa Wilayah 
(Pusat Bandar Seksyen 52 dan Pusat Bandar Kelana Jaya)2 
 
Pegangan Harta/Premis 
(Kediaman/Perniagaan/Perusahaan/Perdagangan dan Perindustrian)276,793 













