MENU

DATUK BANDAR PETALING JAYA

Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar, D.P.M.S., S.M.S.

Datuk Bandar

Assalamualaikum w.b.t.dan Salam Muhibbah

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung laman web Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Selari dengan perkembangan era teknologi maklumat  dan ICT, yang mana orang ramai boleh mencari maklumat di mana sahaja mereka berada dengan kata lain maklumat dengan pantas di hujung jari pengguna internet. Justeru itu, MBPJ juga tidak melepaskan peluang menyediakan kemudahan penggunaan internet sebagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna internet bagi mendapatkan maklumat mengenai Petaling Jaya.

Penduduk Petaling Jaya khususnya boleh mengetahui informasi semasa mengenai program-program sukan, sosial, kebudayaan, rekreasi, kempen-kempen terkini dan lain-lain yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui laman web MBPJ. Di samping itu anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat asas antaranya senarai Ahli-Ahli Majlis MBPJ, zon-zon kawasan Ahli Majlis, maklumat korporat, maklumat jabatan di MBPJ, pembangunan di Petaling Jaya dan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang disediakan oleh Majlis.

Melalui e-perkhidmatan pula pengujung-pengunjung, khasnya penduduk Petaling Jaya boleh menggunakan perkhidmatan Aduan Online, Semakan Kompaun, MBPJ GIS dan eTender yang memerlukan pengguna mendaftar ID Pengguna terlebih dahulu. Selain itu turut disediakan perkhidmatan eLesen dan ePAY@MBPJ.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web MBPJ kepada pengunjung-pengunjung laman web kami. Diharapkan pengunjung  laman web ini mendapat maklumat yang diingini.

 

“BANDAR RAYA PENERAJU, DINAMIK DAN LESTARI”

Sekian, terima kasih

Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar, D.P.M.S., S.M.S.

Datuk Bandar Petaling Jaya

 

 

PERUTUSAN DATUK BANDAR TAHUN 2019

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL.1/2019 BERTARIKH 30 JANUARI 2019

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL.2/2019 BERTARIKH 27 FEBRUARI 2019

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL.3/2019 BERTARIKH 28 MAC 2019

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL.4/2019 BERTARIKH 29 APRIL 2019

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL.5/2019 BERTARIKH 29 MEI 2019

PERUTUSAN DATUK BANDAR TAHUN 2018

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL. 1/2018 (PENGGAL 2018/2020) BERTARIKH 31 JULAI 2018

PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL. 2/2018 (PENGGAL 2018/2020) BERTARIKH 21 OGOS 2018

 PERUTUSAN DATUK BANDAR MESYUARAT MAJLIS BIL. 3/2018 (PENGGAL 2018/2020) BERTARIKH 25 SEPTEMBER 2018 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 11 Julai 2019 - 6:09pm