MENU
  • Notice: Undefined offset: 1 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 2 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 3 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 4 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).

PERKHIDMATAN BAS PERCUMA MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Petaling Jaya dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma di kawasan Petaling Jaya.

Bagi menjayakan program itu, MBPJ menjalinkan kerjasama dengan syarikat Rapid Bus Sdn Bhd dengan memperuntukkan sebanyak 10 buah bas untuk kemudahan penduduk ke destinasi sekitar Pusat Bandar, Petaling Jaya.

MBPJ mensasarkan penggunaan kenderaan awam dapat ditingkatkan dan membantu meredakan masalah kesesakkan lalu lintas di Petaling Jaya khususnya pada waktu puncak dan jumlah penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan.

Waktu perkhidmatannya bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam pada setiap hari dan ianya dilengkapi dengan jaringan wifi percuma dan paparan LED dengan kekerapan perjalanan 15 minit untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Petaling Jaya.

Perjalanan perkhidmatan bas percuma ini meliputi laluan sejauh 28 kilometer akan bermula di Hab Bas di Jalan PJS 3/2 yang sedang dibangunkan akan melalui Jalan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Othman, Jalan Yong Shook Lin, sekitar pusat Bandar seksyen 52, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Universiti dan Jalan Gasing.

Pihak Majlis telah memilih lokasi Pusat Bandar Seksyen 52 sebagai projek perintis bagi laluan Perkhidmatan Bas Percuma ini khusus bagi menyokong perlaksanaan projek “PJ Livable City” yang merupakan projek perintis kerja-kerja menaiktaraf Pusat Bandar yang mengandungi beberapa komponen utama seperti projek sistem jalan sehala, projek “Park & Ride”, “PJ Walk” dan sebagainya.

Selain kerja-kerja menaiktaraf sistem jalanraya dan perabot jalan, projek sistem jalan sehala ini akan meliputi komponen-komponen pembangunan lain seperti kerja-kerja landskap, pemasangan kamera litar tertutup (cctv), sistem lampu baru jenis LED, membina kemudahan siarkaki berbumbung dan laluan basikal.

Komponen yang disebutkan ini adalah seiring dengan matlamat Majlis untuk mewujudkan Bandar Bebas Halangan dan Bandar Lestari.

Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar.

Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

Klik di sini untuk melihat maklumat terkini mengenai bas percuma Petaling Jaya seperti peta laluan, jadual waktu perkhidmatan dan juga maklumat-maklumat lain berkenaan perkhidmatan ini.

Berdasarkan maklum balas dan juga permohonan daripada orang awam, pada pertengahan tahun 2016 pihak Majlis telah menambah dua lagi laluan bas iaitu PJ03 Laluan Kelana Jaya dan PJ04 Laluan LRT Taman Bahagia. Bilangan bas juga telah ditambah daripada 10 buah kepada 22 buah bas untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini.