MENU
  • Notice: Undefined offset: 1 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 2 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 3 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 4 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).

PENGENALAN

Tenaga merupakan aspek penting dalam memacu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Faktor itu menyebabkan permintaan terhadap penggunaan tenaga elektrik di premis bangunan juga meningkat. Sejajar dengan negara bergerak ke arah status negara maju pada tahun 2020, keperluan tenaga kita semakin lama menjadi sangat intensif. 50% daripada penggunaan tenaga di negara ini adalah dalam sektor industri, kediaman dan komersil termasuk bangunan kerajaan. Bangunan komersil dan kediaman menggunakan kira-kira 13% daripada jumlah penggunaan tenaga dan 48% penggunaan elektrik negara. Oleh yang demikian, terdapat keperluan yang tinggi untuk merangka dan melaksanakan strategi penggunaan tenaga dengan cekap supaya amalan kecekapan tenaga di bangunan dapat dipraktikan.

Susulan dari fakta dan inisiatif berterusan serta sejajar dengan sasaran pengurangan karbon, program ini mensasarkan pembangunan kapasiti kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam merealisasikan aktiviti-aktiviti berkaitan bangunan cekap tenaga di bangunan. Amalan pengurusan tenaga yang berterusan adalah disarankan bagi memastikan penggunaan dan kos tenaga dapat dijimatkan.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), telah membangunkan Rangka Kerja Perbandaran Rendah Karbon atau Low Carbon Cities Framework and Assessment System (LCCF). LCCF dibangunkan untuk memberikan panduan dalam menyediakan perancangan dan pembangunan mampan yang dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca (Green House Gases – GHG). Rangka kerja ini mengandungi empat elemen utama iaitu persekitaran bandar, infrastruktur bandar, pengangkutan bandar dan bangunan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya MBPJ telah menyahut sahutan Kerajaan serta menjadi organisasi perintis “lead by example” mewujudkan persekitaran perbandaran yang sejahtera dan mesra penduduk, selaras dengan matlamat Petaling Jaya ke arah Bandaraya Rendah Karbon menjelang tahun 2030. Selain itu, Petaling Jaya juga merupakan sebuah bandar yang terpilih untuk terlibat dalam projek “Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities” (GTALCC) yang telah bermula pada 2016 yang mana merupakan sebuah projek untuk membantu sesebuah perbandaran mencapai sasaran ke arah sebuah bandar rendah karbon.

Demi merealisasikan hasrat MBPJ ke arah bangunan rendah karbon, MBPJ telah berkerjasama dengan SEDA Malaysia dalam melaksanakan Program 3 Tahun Pengurusan Tenaga, Pelaksanaan Piawaian Malaysia (MS) 1525 & Bangunan Rendah Karbon (2020-2023). SEDA Malaysia adalah merupakan Badan Berkanun di bawah KeTSA yang bertanggungjawab memberikan fasilitasi dalam bidang tenaga lestari, khususnya pengurusan dan kecekapan tenaga.

Carta BEDOS

OBJEKTIF

MBPJ komited untuk membangunkan pangkalan data penggunaan tenaga, pelepasan dan pengurangan karbon bagi sektor bangunan di Petaling Jaya dengan kaedan Common Carbon Metric (CCM) melalui pengisian dan permohonan pensijilan Voluntary Sustainable Low Carbon Building GreenPASS di Building Energy Data Online System (BEDOS) MBPJ SEDA Malaysia. Hasrat Majlis adalah :

1. Membangunkan program bangunan cekap tenaga rendah karbon bangunan milik MBPJ.

2. Menyokong pelaksanaan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida Nasional dan Program Low Carbon Cities PJ serta PJ City Climate Action Plan 2015-2030.

3. Pembangunan kapasiti dalam pengurusan tenaga dan bangunan rendah karbon untuk golongan profesional dan sokongan MBPJ.

4. Menyokong Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor.

5. Membangunkan database penggunaan tenaga, pelepasan dan pengurangan karbon bagi sektor bangunan di PJ melalui kaedah Common Carbon Metric (CCM) 

Oleh itu, sebuah platform pengumpulan data secara atas talian bagi memudahkan proses pemantauan dan proses pensijilan Voluntary Sustainable Low Carbon Building GreenPASS SEDA Malaysia yang dibangunkan oleh SEDA Malaysia telah disediakan. Malah, MBPJ ADALAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERTAMA yang menggunakan secara rasmi sistem BEDOS ini secara menyeluruh. 

BUILDING ENERGY DATA ONLINE SYSTEM (BEDOS)

Sistem BEDOS membantu untuk memaparkan data sejarah penggunaan tenaga dan menganalisa data bagi penyediaan laporan tenaga. Selain penggunaan tenaga, ia juga membolehkan pengguna untuk menetapkan baseline dan mengenalpasti prestasi penjimatan tenaga bagi membantu pengguna menguruskan penggunaan tenaga.

Sistem BEDOS juga menyediakan pengguna / pemilik bangunan untuk;

1. Pendaftaran Bangunan (perincian maklumat bangunan).

2. Penyerahan penggunaan bulanan tenaga bangunan.

3. Penghasilan laporan (tetapi tidak terhad kepada) mengenai penggunaan tenaga, pelepasan karbon, penjimatan tenaga ke dalam carta.

4. Pemindahan data dari pengumpulan data manual sebelumnya (excel).

Sistem ini menyediakan platform untuk pemohonan Sustainable Low Carbon Building Assessment GreenPASS iaitu program voluntary yang menghargai inisiatif pencapaian bangunan rendah karbon tenaga lestari oleh mana-mana pengguna / pemilik bangunan. Kaedah ini diadaptasi dari rating tool yang telah dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia iaitu GreenPASS.

MATLAMAT

Untuk mencapai matlamat ke arah melaksanakan pengurusan tenaga dengan cekap dan berkesan MBPJ akan meneruskan amalan terbaik. MBPJ komited kepada perkara-perkara berikut:

1. Penambahbaikan berterusan dalam pengurusan tenaga dengan melaksanakannya secara lebih efektif dan berkesan;

2. Mewujudkan budaya penjimatan dan kesedaran untuk tidak membazir tenaga melalui latihan dan program kesedaran;

3. Mengenal pasti potensi penjimatan dan penambahbaikan melalui kaedah dan teknologi dalam pengurusan tenaga serta amalan pemantauan dalam semua aspek dan operasi secara berterusan;

4. Menurunkan penggunaan tenaga (kWh) sebanyak 5% setahun bagi bangunan milik MBPJ; dan

5. Menyokong dan menyumbang kepada agenda negara dalam mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% pada tahun 2030.

SUMBER DAN ANUGERAH

Polisi Pengurusan Tenaga MBPJ - berkuatkuasa mulai 1 Disember 2020 (PDF)

GreenPass Certification 2018 (Ibu Pejabat MBPJ)

GreenPass Certification 2019 (Menara MBPJ)

GreenPass Certification 2019 (Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya)

GreenPass Certification 2019 (Klinik MBPJ)

Brosur Jom Jimat Elektrik (PDF)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Februari 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Mac 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran April 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Mei 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Jun 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Julai 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Ogos 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran September 2021)

Tips Jimat Tenaga (Edaran Oktober 2021)

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ

Email : muhamadrizal@mbpj.gov.my Tel : 03-79563544  Faks : 03-79552578

PAUTAN

Banner BEDOS