Taman Bandaran Kelana Jaya merupakan taman yang terbesar dan sangat dikenali di Petaling Jaya. Terdapat 7 tasik di taman ini dan ianya merupakan salah satu tempat yang popular dengan kepelbagaian trek joging di sekeliling tasik. Selain trek jogging, taman ini dijuga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan lain untuk pengunjung beriadah seperti alat senaman serta skate park. Berhampiran taman ini juga terdapat pusat membeli-belah seperti Paradigm Mall dan Giant hyper market. Taman ini juga mempunyai pusat renang bersaiz olimpik, gelanggang tennis dan gelanggang badminton. Stadium MBPJ yang terletak bersebelahan taman ini juga merupakan salah satu tempat yang digunakan semasa Sukan Komenwel pada tahun 1998. Pengunjung juga boleh memancing di taman ini dengan mendapatkan permit daripada MBPJ.