HEBAHAN – CEK YANG TIDAK DITUNTUT DARI TAHUN 2020 SEHINGGA 2021
Majlis Bandaraya Petaling Jaya mempunyai RM 255,527.50 cek yang tidak ditunaikan dari tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Cek-cek tidak ditunaikan ini merupakan bayaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis kepada individu, syarikat, persatuan dan sebagainya bagi bayaran balik kerja/perkhidmatan/bekalan dan pengembalian cagaran. Senarai cek yang tidak ditunaikan adalah seperti dilampiran. Oleh itu, Majlis membuat hebahan bahawa penerima cek yang tidak ditunaikan boleh menyemak dan seterusnya membuat tuntutan daripada Majlis sehingga 24 Mac 2023 sahaja. Selepas 24 Mac 2023, jumlah cek yang masih tidak dituntut akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD).
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Munirah atau Puan Norhana Aini di talian 03-79563544 ext 214/215.
Email hebahan cek tidak dituntut
Borang Permohonan cek tidak dituntut