MENU
  • Notice: Undefined offset: 1 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 2 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 3 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).
  • Notice: Undefined offset: 4 dalam tb_megamenu_insert_tb_item() (baris 343 dari /home/sgrmbj/public_html/sites/all/modules/tb_megamenu/tb_megamenu.functions.inc).

PENGUMUMAN PEMBAHARUAN LESEN 2022 DALAM TALIAN

Mulai 1 Oktober 2021, pemohon lesen atau pemilik atau pekerja atau wakil perlu mencetak sendiri lesen secara dalam talian menerusi https://elesen.mbpj.gov.my kerana kaunter fizikal belum dibuka untuk urusan berkenaan (kaunter dalam proses ubah suai).

PANDUAN BAYARAN, DAN CETAKAN LESEN MENGGUNAKAN SISTEM eLESEN MBPJ

LANGKAH 1

icon document

Semua pengguna samada pemilik atau wakil perlu menyediakan terlebih dahulu :

1.    'Softcopy' salinan kad pengenalan dalam bentuk JPG/PNG/PDF.
2.    'Softcopy' salinan surat perwakilan kuasa dalam bentuk JPG/PNG/PDF.
3.    Nombor telefon bimbit yang boleh menerima SMS.

LANGKAH 2

icon logmasuk

Daftar/log masuk di https://elesen.mbpj.gov.my (masalah dengan pendaftaran, sila klik di sini)
LANGKAH 3

icon salinan kp

Muat naik salinan kad pengenalan (bagi log masuk kali pertama sahaja).
LANGKAH 4

icon carian

Lakukan carian akaun contoh Lxxxxxxxxxxxx. Pastikan menggunakan huruf besar.
LANGKAH 5
icon semak Semak atau cetak bil yang ingin dibayar.
LANGKAH 6
icon bayaran Lakukan pembayaran.
LANGKAH 7
icon wakil

Muat naik surat perwakilan kuasa

Sekiranya anda adalah pemilik tetapi bukan pemohon asal, anda perlu memuat naik surat rasmi atau maklumat SSM dalam format PDF. Contohnya Borang 49.

LANGKAH 8
icon tac Mohon SMS TAC (tempoh sah TAC 15 minit sahaja). Pastikan nombor telefon bimbit di profil adalah betul tanpa kod negara '6' di hadapan dan tanpa simbol '-'. (masalah dengan TAC, sila klik di sini).
LANGKAH 9
icon cetak PDF Cetak lesen (anda boleh menyimpan fail .PDF lesen untuk dicetak semula).

SILA PASTIKAN LESEN PERNIAGAAN YANG DICETAK SENTIASA DIPAMERKAN DI PREMIS PERNIAGAAN ANDA

MUAT TURUN MANUAL PEMBAHARUAN LESEN 2022

Pembaharuan Lesen Komposit  Premis dan Iklan

Kesemua pembaharuan perlu dilakukan secara dalam talian sahaja.

Klik untuk video panduan.

Klik untuk poster panduan.

Perniagaan lesen bagi perniagaan yang memerlukan Kebenaran Merancang (KM),  dan Permit Bangunan

Pemegang lesen yang mempunyai kelulusan Kebenaran Merancang dan Tukar Guna Bangunan seperti hotel bajet, pusat jagaan dan lain-lain perlu mengemukakan terlebih dahulu pembaharuan Kebenaran Merancang.

Klik untuk maklumat lanjut.

Pembaharuan lesen anjing

Pembayaran Lesen Anjing perlu dilakukan secara dalam talian.

Klik untuk maklumat lanjut.

Pembaharuan Lesen Usahawan Mikro (Penjaja)

Pemegang Lesen Penjaja seperti pasar awam, pasar pagi/malam, penjaja tepi jalan dan gerai majlis, perlu hadir sendiri untuk pengesahan cap jari menerusi temujanji sahaja.

Klik untuk maklumat lanjut.

SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Siapakah yang boleh membuat membuat bayaran dan cetakan lesen secara dalam talian?

Jawapan 1: Sesiapa sahaja samada pemohon, pemilik, pengarah, pekerja syarikat ataupun wakil boleh membuat carian, bayaran dan cetakan lesen secara dalam talian menerusi elesen.mbpj.gov.my

Masalah pendaftaran/ log masuk/lupa kata laluan

Soalan 2 : Saya ingin mendaftar tetapi sistem memaparkan mesej “No Mykad telah wujud dalam sistem dan email telah didaftarkan. Sila daftar masuk.”

Jawapan 2a : Sekiranya anda mengetahui alamat emel yang didaftarkan, sila klik Lupa Kata Laluan dan masukkan alamat email yang digunakan.

Jawapan 2b : Sekiranya anda tidak mengetahui alamat emel yang didaftarkan, sila klik untuk menghubungi helpdesk menerusi aplikasi whatsapp 013-9410146.

Jawapan 2c : Sekiranya anda ingin menukar alamat emel yang didaftarkan, sila klik untuk menghubungi helpdesk menerusi aplikasi whatsapp 013-9410146.

Soalan 3 : Saya telah klik lupa kata laluan tetapi tidak menerima emel.

Jawapan 3a : Sila semak folder spam/ junk pada emel anda dalam tempoh 10 minit selepas anda menghantar permohonan lupa kata laluan.

Jawapan 3b : Sekiranya anda masih tidak terima emel, kemungkinan alamat emel yang didaftarkan adalah berbeza. Sila klik untuk menghubungi helpdesk menerusi aplikasi whatsapp 013-9410146 bagi memeriksa alamat emel yang didaftarkan.

Soalan 4 : Saya telah klik pautan pada emel, tetapi mesej ‘token kata laluan tidak betul’ dipaparkan.

Jawapan 4a: Anda telah klik pautan emel yang telah ‘expired’. Sekiranya anda telah klik lupa kata laluan beberapa kali, sila pastikan anda klik pada pautan pada emel yang terkini.

Jawapan 4b. Sekiranya anda tidak pasti yang manakah pautan terkini, sila padam emel yang diterima dari sistem elesen dan kemudian klik lupa kata laluan sekali lagi. Sila berikan tempoh sekurang-kurangnya 5 minit sebelum anda memeriksa semula emel.

Soalan 5 : Saya menerima mesej alamat emel telah digunakan.

Jawapan 5a. Seorang pengguna hanya boleh menggunakan satu alamat emel sahaja. Sila gunakan alamat emel yang lain untuk pengguna yang berbeza

Jawapan 5b. Bagi mengetahui maklumat pengguna yang sedang menggunakan alamat emel anda, sila klik untuk menghubungi helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp 013-9410146

Soalan 6 : Saya ingin menukar alamat emel kerana tidak lagi menggunakan emel berkenaan.

Jawapan 6a : Untuk menukar alamat emel, sila klik untuk menghubungi Helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp 013-9410146

Masalah tidak terima SMS TAC

Soalan 7 : Saya tidak menerima SMS TAC.

Jawapan 7a : Permintaan SMS TAC hanya boleh diminta sebanyak maksima 3 kali sahaja bagi setiap pengguna dan no. akaun lesen. Sekiranya anda tidak terima sms TAC untuk percubaan kali pertama, sila pastikan no. telefon di profil adalah betul tanpa kod negara '6' di hadapan dan tanpa simbol '-' . Klik butang pada profil bagi mengemaskini no. telefon.

Jawapan 7b : Sekiranya anda masih tidak terima SMS TAC pada percubaan kali kedua sila klik untuk menghubungi helpdesk menerusi aplikasi whatsapp.

Jawapan 7c : Nombor telefon saya telah disekat kerana telah meminta TAC lebih 3 kali. Sila klik untuk menghubungi Helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp 013-9410146

Masalah mencetak lesen

Soalan 8 : Saya telah membayar lesen tetapi butang cetak lesen tidak dipaparkan.

Jawapan 8a : Butang cetak lesen tidak dipaparkan untuk kategori:

1. Pusat Kesihatan

2. Pusat Hiburan

3. Pusat Siber

4. Lesen Iklan Luaran

5. Lesen Penjaja, Pasar Malam dan Smart Trak.

Sila klik untuk menghubungi Helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp 013-9410146

Jawapan 8b : Maklumat pembayaran belum dikemaskini oleh sistem, sila klik untuk menghubungi Helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp dan berikan screenshot bukti pembayaran untuk semakan pihak kami.

Soalan 9 : No. akaun yang dicari tidak dijumpai.

Jawapan 9 : Sila pastikan nombor akaun dimasukkan dengan penuh menggunakan HURUF BESAR menggunakan kekunci capslock dan tiada ‘space’ pada awal dan akhir nombor berkenaan.

Soalan 10 : Bil tahun 2022 yang ingin dibayar tidak dijumpai/belum dijana.

Jawapan 10 : Sila klik untuk menghubungi Helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp.

Soalan 11 : Saya tidak dapat klik sesetengah butang pada sistem.

Jawapan 11a : Sila pastikan anda menggunakan browser Chrome, ataupun Microsoft Edge ataupun Frefox yang terkini.
Jawapan 11b : Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit, sila pastikan anda membuat tetapan browser sebagai tapak desktop.

Soalan 12 : Saya ingin memperbaharui lesen untuk tempoh dua atau tiga tahun.

Jawapan 12 : Boleh, bagi kategori lesen tidak kritikal dan lesen anjing dengan syarat bil tahun pertama masih belum dibayar. Sila klik untuk menghubungi Helpdesk menerusi aplikasi Whatsapp.

Soalan 13 : Bagaimanakah saya boleh mengambil pelekat premis bagi lesen 2022?

Jawapan 13 : Pelekat premis untuk tahun 2022 tidak lagi diberikan. Anda boleh menggunakan pelekat premis lama. Maklumat pembaharuan lesen akan dikemaskini menggunakan kod QR yang sama.

Soalan 14 : Apakah maksud langkah 2 pada poster pembaharuan yang saya terima? Adakah saya wajib memuat naik gambar iklan?

Jawapan 14 : Anda perlu membuat akuan bilangan iklan hanya apabila bilangan iklan yang dilesenkan tidak sama dengan iklan yang dipasang sahaja. Sila klik di sini untuk memuat naik gambar iklan menggunakan Google Form.

Soalan 15 : Bolehkah saya membayar dahulu bil pembaharuan lesen barulah saya istiharkan gambar iklan?

Jawapan 15 : Boleh, anda perlu memperbaharui dahulu lesen 2022 berkenaan.

Helpdesk Lesen

Masih tidak dapat  jawapan? Kami akan membantu anda :-

Telefon (8.00 pagi hingga 5 petang, waktu pejabat sahaja)

0379541548 - samb. 131
0379558117 - samb. 131

Whatsapp (8.00 pagi - 5.00 petang, waktu pejabat sahaja)

whatsapp_icon_web2

Klik untuk menghantar mesej Whatsapp

Telegram Logo

Telegram (8.00 pagi-5.00 petang sahaja) 

Klik untuk menghantar mesej Telegram

https://t.me/elesenmbpj

icon gmail

smartlesen@mbpj.gov.my

QRCode Jom Bayar Lesen 2022

#staysafe

#smartpjlesen

Sila imbas QR Code untuk membuka halaman ini menggunakan peranti mudah alih.