MENU

UNIT INTEGRITI

Profail Unit Integriti

Fungsi Unit :

1. Tadbir urus
Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar/ arahan/ sistem dan prosedur dalam MBPJ:
 a. Menyelaras laporan jawatankuasa tatakelola Majlis dan AIMS di Mesyuarat Pengurusan Majlis dan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Majlis.
b. Mengurus setiakan permohonan kerja luar, politik dan kelulusan hadiah.
c. Membangun dan menilai Pelan Antirasuah (OACP) dan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM).
d. Memastikan Majlis memperoleh/memperbaharui pensijilan ABMS.
e. Membangun dan mengemaskini sistem ADUAN DAN MAKLUMAT Integriti.

2. Pengukuhan integriti
Memastikan pembudayaan penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi:
a. Mengendalikan dan melaksanakan ceramah/ seminar/ program/ kursus atau bengkel mengikut sasaran Tahunan Unit Integriti.

3. Pengurusan aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi:
a. Menyalurkan aduan salah laku tatatertib dan jenayah berkaitan penjawat awam kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
b. Mengambil tindakan tatatertib terhadap aduan salah laku warga kerja MBPJ

4. Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa:
a. Melaksanakan Naziran Integriti ke atas pematuhan peraturan, prosedur kerja, dan pelanggaran tatakelakuan dari semasa ke semasa di MBPJ.
b. Melaksanakan pemeriksaan urin mengejut
c. Memantau pematuhan kad perakam waktu bagi memastikan warga kerja MBPJ mematuhi etika kehadiran dan mengenakan tindakan mengikut peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa

5. Pengesanan & Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil:
a. Membuat siasatan terhadap salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dengan menyediakan Laporan P&P kepada pihak pengurusan atasan (Datuk Bandar) untuk ulasan dan syor.

6. Tatatertib
Memastikan setiap salahlaku dan pelanggaran tatakelakuan diambil tindakan sewajarnya:
a. Mengendalikan Pengurusan Tatatertib dan melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

PEGAWAI TEL/E-MEL

Pn. Nor'ain binti Adam

Penolong Pengarah Kanan (Integriti)

norain@mbpj.gov.my

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 10 September 2026 - 10:11am