JABATAN PELESENAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DAN USAHAWAN
Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Faks : 03-79603725
Bahagian Penjaja
- Memproses dan mengeluarkan lesen dan permit penjaja, memproses permohonan permit penjaja, mengeluarkan notis tunggakan sewa.
- Antara permit penjaja yang diuruskan ialah:
- Lesen gerai kompleks:
- Lesen gerai tepi jalan
- Lesen pasar awam
- Lesen pasar pagi
- Lesen pasar malam
- Lesen pasar tani / minggu
- Lesen penjaja bergerak
- Lesen penjaja Uptown D’Kota
- Lesen mesin air
- Memproses semua permohonan permit penjaja sementara iaitu permit penjaja sementara bermasa, permit perayaan Ramadan, permit perayaan Tahun Baru Cina, permit penjaja sementara buah-buahan bermusim, permit penjaja sementara stadium dan permit penjaja sementara musim Haji.
Bahagian Tred Serta-Merta Dan Iklan
- Bahagian Tred Serta-merta dan Iklan bertanggungjawab memproses permohonan lesen serta-merta, permit sementara dan iklan yang meliputi aktiviti menyemak dokumen, membuka fail, mendaftar maklumat ke dalam sistem, penyediaan bil bayaran, mencetak lesen serta lain-lain.
- Melaksanakan dasar, pekeliling Kerajaan Negeri atau Persekutuan bagi permohonan baru lesen iklan.
- Menyediakan laporan/kertas kerja permohonan baru lesen tred serta-merta bagi kelulusan Pihak Berkuasa Melesen.
- Menyediakan surat-menyurat berhubung dengan lesen tred serta-merta .
- Mengemas kini maklumat yang diterima daripada bahagian inspektorat setelah pemeriksaan dibuat.
- Memproses (menyemak dokumen, daftar maklumat di dalam sistem, penyediaan bil bayaran, menyediakan tag anjing serta lain-lain pelaksanaan dasar, pekeliling Kerajaan Negeri atau Persekutuan) bagi permohonan baru lesen anjing.
- Mengumpul ulasan-ulasan daripada jabatan teknikal untuk proses permit sementara.
- Memproses permohonan tambahan iklan, tambahan aktiviti perniagaan dan pindaan butir-butir pada lesen.
- Memproses permohonan permit-permit iklan sementara.
Bahagian Tred Kritikal
- Bahagian Lesen Perniagaan Kritikal bertanggungjawab memproses permohonan lesen sementara dan iklan yang meliputi aktiviti menyemak dokumen, membuka fail, mendaftar maklumat ke dalam sistem, penyediaan bil bayaran, mencetak lesen serta lain-lain. Lesen yang dikategorikan sebagai kritikal ialah lesen-lesen yang memerlukan ulasan teknikal dalaman sebelum lesen boleh dikeluarkan.
- Melaksanakan dasar, pekeliling Kerajaan Negeri atau Persekutuan bagi permohonan baru lesen iklan.
- Menyediakan laporan/kertas kerja/fail permohonan-permohonan lesen bagi ulasan jabatan teknikal menerusi Unit Pusat Setempat Mini di Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan dan Usahawan.
- Menyediakan surat-menyurat berhubung dengan lesen-lesen kritikal.
- Mengemas kini maklumat yang diterima daripada Bahagian Inspektorat setelah pemeriksaan dibuat.
- Mengumpul ulasan-ulasan jabatan teknikal.
- Memproses permohonan tambahan iklan, tambahan aktiviti perniagaan dan pindaan butir-butir pada lesen.
Bahagian Tred Berisiko
- Memproses permohonan lesen sementara dan kad akuan berisiko serta iklan yang meliputi aktiviti menyemak dokumen, membuka fail, mendaftar maklumat ke dalam sistem, penyediaan bil bayaran, mencetak lesen serta lain-lain. Lesen yang dikategorikan sebagai berisiko ialah lesen-lesen yang memerlukan ulasan teknikal dalaman dan luaran sebelum lesen boleh dikeluarkan. Pemeriksaan lesen dibuat secara bersepadu.
- Melaksanakan dasar, pekeliling Kerajaan Negeri atau Persekutuan bagi permohonan baru lesen iklan.
- Menyediakan laporan/kertas kerja/fail permohonan-permohonan lesen bagi ulasan jabatan teknikal menerusi Unit Pusat Setempat Mini di Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan dan Usahawan..
- Menyediakan surat-menyurat berhubung dengan lesen-lesen kritikal.
- Mengemas kini maklumat yang diterima daripada Bahagian Inspektorat setelah pemeriksaan dibuat.
- Mengumpul ulasan-ulasan jabatan teknikal.
- Memproses permohonan tambahan iklan, tambahan aktiviti perniagaan dan pindaan butir-butir pada lesen.
Bahagian Inspektorat
- Mengeluarkan notis terhadap mana-mana pihak yang menyalahi peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-undang Kecil di bawahnya serta undang-undang lain yang berkaitan.
- Pemeriksaan rutin terhadap premis-premis bukan makanan dan lain-lain premis bagi tujuan pembaharuan lesen dan penguatkuasaan undang-undang.
- Menjalankan pemeriksaan premis dan menyediakan laporan bagi permohonan baru lesen pusat hiburan dan penguatkuasaan peruntukan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995.
- Menjalankan pemeriksaan secara bersepadu premis dan menyediakan laporan bagi permohonan baru lesen pusat kesihatan dan penguatkuasaan peruntukan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.
- Pemeriksaan aduan yang disampaikan melalui Unit Aduan (Sistem Aduan) dan juga orang awam.
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
- Menguruskan hal-hal pentadbiran Jabatan seperti pengurusan mesyuarat, pengurusan fail, pengurusan sumber manusia, pengurusan logistik, pengurusan kursus, retreat dan lawatan, pengurusan kewangan dan pengurusan kualiti melibatkan ISO, APPC, Star Rating.
|