Dimaklumkan bahawa dokumen bagi Cadangan Melantik Syarikat Pengurusan Bangunan dan Aktiviti untuk The Spine @ PJKita, Jalan Stadium SS 7/15, Petaling Jaya yang telah diiklankan sebelum ini telah dibuat pindaan.
Sehubungan itu, semua pihak yang berminat adalah dimohon untuk mengambil perhatian dan merujuk kepada dokumen pindaan terkini yang telah dimuat naik bagi tujuan penyediaan dan penghantaran cadangan.
Segala terma, syarat dan maklumat berkaitan hendaklah dirujuk berdasarkan dokumen yang telah dipinda. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau ketidakpatuhan yang berpunca daripada penggunaan dokumen versi terdahulu. Maklumat terkini bagi penghantaran dokumen adalah seperti berikut:
Tarikh Buka iklan: 22 Jun 2026
Tarikh Tutup iklan: 6 Julai 2026, Jam 12:00 tengah hari
Lokasi Hantar Kertas Cadangan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tingkat 11, Menara MBPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor.












