MAKLUMAN PEMBUKAAN KAUNTER LESEN PADA WAKTU REHAT HARI JUMAAT
Bagi memudahkan urusan pembaharuan lesen perniagaan, kaunter di Menara MBPJ dan Ibu Pejabat MBPJ akan beroperasi seperti biasa pada waktu rehat hari Jumaat pada tarikh berikut:
Tarikh pembukaan kaunter pada waktu rehat:
20 Disember 2024
27 Disember 2024
Inisiatif ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada pemegang lesen menyelesaikan urusan pembaharuan lesen sebelum tarikh akhir. Jangan lepaskan peluang ini – selesaikan urusan anda dengan mudah dan pantas!