INISIATIF BANDAR BEBAS HALANGAN DI PETALING JAYA
Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah memulakan agenda Bandar Bebas Halangan sejak tahun 2000 berdasarkan Pelan Tindakan Bandar Bebas Halangan Petaling Jaya yang meliputi 4 strategi utama iaitu :
- Libat urus bersama NGO dan program kesedaran awam
- Program pengubahsuaian bangunan /taman/ infrastruktur sediada bagi mematuhi MS 1184 : 2014
- Memastikan projek pembangunan baru swasta dan Majlis bagi mematuhi MS 1184 : 2014
- Area based development project (menaiktaraf pusat bandar)
Sehingga kini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh MBPJ bagi mencapai sasaran Bandar Bebas Halangan Petaling Jaya termasuk memastikan projek-projek pembangunan mematuhi keperluan rekabentuk sejagat (Universal Design).
i. Projek menaiktaraf 23 pusat bandar sediada supaya mematuhi rekabentuk sejagat
- Pusat Bandar Seksyen 52 (2019)
- Pusat Bandar SS2 (2021)
- Pusat Bandar Kelana Jaya (2022)
- Pusat Bandar Taman Mayang, SS26 (2022)
- Pusat Bandar Taman Megah, SS24 dan Taman Sea SS23 (2022)
- Pusat Bandar PJ Old Town (2023)
ii. Pematuhan keperluan rekabentuk sejagat bagi projek-projek pembangunan oleh Majlis dan Swasta
- BANGUNAN SELIAAN MAJLIS:
- Pasar (7 buah pasar) iaitu Pasar Jalan Othman, Pasar Seksyen 17, Pasar Seventeen, Pasar Seksyen 14, Pasar Taman Dato Harun, Pasar Kg Chempaka, Pasar Taman Megah
- Pejabat MBPJ – Menara, Ibu Pejabat, Pejabat Cawangan
- Gerai, Dewan, Pejabat, Perpustakaan, Kolam Renang
- BANGUNAN SWASTA:
- Pusat Membeli Belah, Bangunan Awam, Pejabat
- 601 permohonan telah disemak keperluan UD (21% telah dibuat audit akses)
iii. Projek menaiktaraf hub pengangkutan
- 143 daripada 392 adalah Accessible Bus Stop
- 16 Stesen Pengangkutan Awam
- Hub Bas Jalan Othman
- Hub Bas PJS 4
iv. Projek menaikataraf taman awam dan rekreasi
14 TAMAN AWAM (ACCESSIBLE PARK) DAN KAWASAN LAPANG SELIAAN MAJLIS
- 9 Taman Awam (Accessible Park)
- Kawasan Lapang
v. Pelaksanaan polisi dan advokasi
- Latihan, Bengkel, Forum Rekabentuk Sejagat
- Pemantapan Standard Operation Prosedure (SOP)
- Penglibatan OKU dalam program Majlis
- Sambutan Hari OKU Sedunia
- Maklumbalas End User Projek Bandar Bebas Halangan (Seksyen 52 dan SS2)












