JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Sila hubungi 03-79560206/03-79560203 untuk sebarang pertanyaan.
1. Permohonan dan semakan status permohonan untuk Stiker Kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) Petaling Jaya. Layari Sistem Sticker OKU untuk membuat permohonan dan semakan secara online, atau scan QR Code di bawah. Klik untuk melihat poster Permohonan Stiker Kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) Petaling Jaya.

2. Van Transit OKU dan Warga Emas untuk temujanji hospital dan klinik di pentadbiran MBPJ, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PERKESO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tempahan van boleh dibuat seawal 3 hari sebelum tarikh temujanji. Klik untuk melihat poster Van Transit OKU dan Warga Emas.
3. Sumbangan untuk OKU terlantar.
4. Diskaun 50% untuk tempahan dewan MBPJ.
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
Sila hubungi 03-79555984/86 untuk sebarang pertanyaan.
1. Permohonan untuk rebat 50% atas cukai taksiran bagi OKU. Muat turun borang.












