| BIL. | SOALAN | JAWAPAN |
| 1 | Harga Caj | Caj sebanyak RM100.00 telah dikenakan di bawah peranggan 36A: Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Bermotor, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) (Pindaan) 2012. |
| 2 | Pemakluman Kawasan Kapit Roda | Papan tanda tindakan kapit roda terdapat di sekitar lokasi sebagai pemakluman kepada orang awam. |
| 3 | Kaedah Bayaran | Anda boleh membuat bayaran melalui kaunter fizikal di Ibu Pejabat dan Menara MBPJ atau secara atas talian menggunakan: a. Portal ePay@MBPJ b. Apps Smart PJ Enforcement Muat turun versi Android | Muat turun versi iOS c. Apps Smart Selangor Parking Muat turun versi Android | Muat turun versi iOS |
| 4 | Pengurangan / Diskaun | Pengurangan sebanyak RM10.00 akan diberikan bagi pembayaran yang dilakukan secara atas talian menggunakan portal ePay@MBPJ sahaja. |
| 5 | Cara Bayaran Atas Talian | Sila klik link yang disediakan untuk mengetahui cara membuat pembayaran di atas talian: a. Portal ePay@MBPJ b. App Smart PJ Enforcement Muat turun versi Android | Muat turun versi iOS c. App Smart Selangor Parking Muat turun versi Android | Muat turun versi iOS |
| 6 | Tempoh Kapit Roda akan dibuka | Anggota Penguatkuasa akan tiba di lokasi selewat-lewatnya 10 minit dari tempoh bayaran dilakukan. |
| 7 | Apa akan berlaku sekiranya saya tidak membayar caj | Kenderaan akan ditunda sekiranya anda gagal untuk membuat pembayaran di dalam tempoh 4 hingga 5 jam dari waktu tindakan kapit roda telah dilaksanakan. |
| 8 | Berhubung dengan perunding khidmat pelanggan MBPJ berkaitan tindakan kapit roda | 03-7958 8079 |
| 9 | Aduan | Anda boleh membuat sebarang aduan melalui: a. SISPAA MBPJ www.mbpj.spab.gov.my b. Hotline Aduan MBPJ 03-7954 2020 |








