RAKAN MUDA
Untuk membuat pendaftaran sebagai Ahli Rakan Muda serta mendapatkan maklumat mengenai Program Rakan Muda MBPJ, sila klik pautan di bawah:-

Rakan Muda Online
Syarat Penyertaan
- Warganegara Malaysia.
- Bersekolah, tinggal dan bekerja di Petaling Jaya.
- 1 keping gambar yang berukuran kad pengenalan untuk kad ahli.
- Bayaran PERCUMA.
Kod Amalan Rakan Muda
- Penganjur yang menggunakan logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program.
- Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah gaya hidup Rakan Muda.
- Menganjurkan program yang mempunyai ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan menerapkan akhlak yang baik.
- Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
- Mengawal batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang.
- Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara.
- Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program.
- Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda.
- Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua tanpa batasan agama, bangsa dan ekonomi.
- Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa.
Sebarang pertanyaan boleh merujuk pada:
Bahagian Pembangunan Sosial, Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan
Jabatan Kemasyarakatan, Belia & Sukan
Tingkat 7, Menara MBPJ, Jalan Tengah,
46200 Petaling Jaya
Tel: 03-79560203, 03-79560206
Faks: 03-79569549
e-mel: NorAin@mbpj.gov.my

Objektif
- Membantu mengurangkan kes-kes sosial terutama dikalangan remaja PJ.
- Menggalakkan para remaja menyertai aktiviti-aktiviti sihat dalam memenuhi masa lapang.
- Melahirkan potensi tertinggi generasi muda.
- Pematuhan kepada prinsip rukunegara.
- Pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan akhlak yang mulia dalam program yang dilaksanakan.
- Atau muat turun borang untuk menjadi ahli Rakan Muda (PDF format).
Pautan kepada Borang Rakan Muda :- Borang Rakan Muda 
Nota:
Dokumen di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini "Get Adobe Reader"