KOMITMEN KAMI IALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI DENGAN MESRA, CEPAT DAN MEMUASKAN
Mengambil tindakan membaiki kerosakan jalan raya, lampu isyarat, longkang, tebing, runtuh dalam masa 24 jam dan tidak melebihi 1 bulan.
Meluluskan permohonan membina bonggol, pelan infrastruktur, pelan tatatur dan pelan pembangunan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
Memberi kelulusan penyewaan pejabat, tandas, pentas bergerak, tempahan kemudahan sukan, lot kubur, krematorium, kereta jenazah, dewan sivik/ serbaguna dan balai raya dalam tempoh 1 hari.
Meluluskan permohonan lesen iklan , pelan lanskap, pelan bangunan kediaman, pengeluaran lesen perniagaan / gerai dalam tempoh 1 bulan.
Mengeluarkan sijil kelayakan (CF) dalam tempoh 1 minggu selepas teguran.
Menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang, parit, jalan kawasan lapang dan pungutan sisa pepejal dengan cepat, kemas dan memuaskan mengikut jadual yang ditetapkan.
Membersihkan pokok tumbang dalam tempoh 1 hari dan menguruskan cantasan di kediaman dalam tempoh 1 minggu.
Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan.
Menyelesaikan urusan pelanggan di kaunter mengikut masa piawaian yang ditetapkan.
Paparan : 3042
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 Ogos 2010