ANUGERAH PORTAL
TAHUN
| KEDUDUKAN |
| 2007 | 3 Bintang |
| 2008 | Tiada Penilaian |
| 2009 | 4 Bintang |
| 2010 | 5 Bintang |
| 2011 | 5 Bintang |
Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya mendapat pengiktirafan laman web 5 Bintang dalam Penilaian Laman Web dan Portal Agensi Kerajaan 2010 yang dijalankan oleh MDeC. Penilaian ini adalah bertujuan untuk memastikan laman web agensi kerajaan mempunyai standard yang setanding dengan standard antarabangsa, mesra pengguna serta memberikan perkhidmatan yang efektif dan memberikan nilai kepada pelanggannya melalui pendekatan terbaik e-kerajaan dan juga untuk memastikan laman web kerajaan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan pelbagai kriteria yang telah ditetapkan oleh MDeC. Untuk keputusan laporan penuh penilaian, sila layari laman web MDeC di sini.
Berikut adalah pencapaian MBPJ untuk tahun 2010.
- Mendapat ranking 5 bintang daripada 1145 laman web yang dinilai di seluruh negara dan tersenarai dalam ranking top 10.
- Mendapat ranking ke 10 daripada 145 laman web Pihak Berkuasa Tempatan yang dinilai di Malaysia.
- Mendapat ranking ke 4 daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor.
Pada bulan Disember 2010, penyampaian anugerah telah dibuat di Pulau Pinang kepada agensi yang berjaya mendapat pengiktirafan 5 Bintang di mana MBPJ adalah salah satu agensi yang diberikan penghormatan untuk menerima anugerah tersebut. Tahniah MBPJ, semoga terus mengekalkan kejayaan ini di tahun-tahun akan datang.