Syarat Penyertaan

Warganegara Malaysia
Bersekolah, tinggal dan bekerja di Petaling Jaya
1 keping gambar yang berukuran kad pengenalan untuk kad ahli
Bayaran PERCUMA

Kod Amalan Rakan Muda

Penganjur yang menggunakan logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program
Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah gaya hidup Rakan Muda
Menganjurkan program yang mempunyai ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan menerapkan akhlak yang baik
Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi
Mengawal batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang
Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara
Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program
Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda
Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua tanpa batasan agama, bangsa dan ekonomi
Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa

Sebarang pertanyaan boleh merujuk pada:

Bahagian Pembangunan Sosial, Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan
Jabatan Kemasyarakatan, Belia & Sukan
Tingkat 7, Menara MBPJ, Jalan Tengah,
46200 Petaling Jaya

Tel: 79560203, 79560206 Fax: 79569549
Emel: NorAin@mbpj.gov.my



-> Membantu mengurangkan kes-kes sosial terutama dikalangan remaja PJ.
-> Menggalakkan para remaja menyertai aktiviti-aktiviti sihat dalam memenuhi masa lapang.
-> Penglahiran potensi tertinggi generasi muda.
-> Pematuhan kepada prinsip rukunegara
-> Pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan akhlak yang mulia dalam program yang dilaksanakan
INGIN MENJADI AHLI RAKAN MUDA? MENDAFTARLAH SECARA ONLINE. KLIK...
 
Atau download borang untuk menjadi ahli Rakan Muda(PDF format).
 
Maklumat lanjut mengenai Program Rakan Muda, KLIK...