Profail | Misi & Objektif | Logo MBPJ | Piagam Pelanggan
 
 
Sejarah MBPJ
 

Petaling Jaya, bandar baru yang terulung sekali di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1952. Tanah seluas 3,600 ekar telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Apabila Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit.

Pada 1 Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.Ia telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1977, telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Petaling Jaya kini mempunyai keluasan lebih kurang 97.2km persegi berkembang sebagai pusat tumpuan pelaburan & sektor perindustrian serta pendidikan. Kini kawasan perindustrian dan perdagangannya telah melebihi 20%. Petaling Jaya terus membangun dan menyediakan kemudahan kepada lebih 590 industri yang terus beroperasi.

Kepesatan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan penduduk yang melebihi 480,000 orang dengan kawasan perumahan melebihi 52%. Kemajuan Perbandaran dan kepesatan sektor ekonominya menjadi simbol kemajuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbirnya adalah MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA.