MENU

Untuk membuat pendaftaran sebagai Ahli Rakan Muda serta mendapatkan maklumat mengenai Program Rakan Muda MBPJ, sila klik pautan di bawah:-

 

Rakan Muda Online

Syarat Penyertaan

  • Warganegara Malaysia.
  • Bersekolah, tinggal dan bekerja di Petaling Jaya.
  • 1 keping gambar yang berukuran kad pengenalan untuk kad ahli.
  • Bayaran PERCUMA.

Kod Amalan Rakan Muda

  • Penganjur yang menggunakan logo Rakan Muda adalah bertanggungjawab memelihara semangat dan matlamat murni program.
  • Memberi keutamaan kepada anak muda yang mendaftar diri di bawah gaya hidup Rakan Muda.
  • Menganjurkan program yang mempunyai ciri-ciri pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan menerapkan akhlak yang baik.
  • Menganjurkan program yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
  • Mengawal batasan pergaulan di kalangan peserta lelaki dan perempuan serta menghindarkan perlakuan sumbang.
  • Memastikan program yang dianjurkan tidak mengancam perpaduan dan keselamatan negara.
  • Memberi keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan peserta program.
  • Memastikan setiap program yang dianjurkan hendaklah mencapai matlamat program Rakan Muda.
  • Penganjur hendaklah mengamalkan keadilan dan kesamarataan kepada semua tanpa batasan agama, bangsa dan ekonomi.
  • Memberi khidmat terbaik kepada peserta setiap masa.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk pada:
Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial dan Pelancongan
Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan
Tingkat 7, Menara MBPJ, Jalan Tengah,
46200 Petaling Jaya

Tel: 03-79560203, 03-79560206
Faks: 03-79569549
e-mel: NorAin@mbpj.gov.my

Objektif

  • Membantu mengurangkan kes-kes sosial terutama dikalangan remaja PJ.
  • Menggalakkan para remaja menyertai aktiviti-aktiviti sihat dalam memenuhi masa lapang.
  • Melahirkan potensi tertinggi generasi muda.
  • Pematuhan kepada prinsip rukunegara.
  • Pembentukan sikap positif, nilai-nilai murni, keagamaan, penyuburan budaya ilmu dan akhlak yang mulia dalam program yang dilaksanakan.
  • Atau muat turun borang untuk menjadi ahli Rakan Muda (PDF format).
Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Oktober 2019 - 1:54pm