Di samping itu anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat asas antaranya senarai Ahli-Ahli Majlis MBPJ, Zon-zon kawasan Ahli Majlis, ADUN di Petaling Jaya, maklumat korporat, maklumat jabatan di MBPJ, Rakan Muda serta maklumat-maklumat terkini seperti Muzium PJ dan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Melalui e- perkhidmatan pula pengujung-pengunjung, khasnya penduduk Petaling Jaya boleh menggunakan perkhidmatan Aduan On-line, Semakan Kompaun, MBPJ GIS dan e-tender yang memerlukan pengguna mendaftar ID Pengguna terlebih dahulu. Selain itu turut disediakan pekhidmatan e-lesen dan e-borang yang mempunyai pautan dengan e-pbt di Malaysia. Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web MBPJ kepada pengunjung-pengunjung laman web kami. Diharapkan pengunjung laman web ini mendapat maklumat yang diingini. "SAYANGI PETALING JAYA" Sekian, terima kasih DATO' HJ MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN Datuk Bandar Petaling Jaya |