home  Daftar    
Carian:
 
     
 

Piagam Pelanggan

KOMITMEN KAMI IALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI DENGAN MESRA, CEPAT DAN MEMUASKAN

 

  1. Mengambil tindakan membaiki kerosakan jalan raya, lampu isyarat, longkang, tebing, runtuh dalam masa 24 jam dan tidak melebihi 1 bulan.
  2. Meluluskan permohonan membina bonggol, pelan infrastruktur, pelan tatatur dan pelan pembangunan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
  3. Memberi kelulusan penyewaan pejabat, tandas, pentas bergerak, tempahan kemudahan sukan, lot kubur, krematorium, kereta jenazah, dewan sivik/ serbaguna dan balai raya dalam tempoh 1 hari.
  4. Meluluskan permohonan lesen iklan , pelan lanskap, pelan bangunan kediaman, pengeluaran lesen perniagaan / gerai dalam tempoh 1 bulan.
  5. Mengeluarkan sijil kelayakan (CF) dalam tempoh 1 minggu selepas teguran.
  6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang, parit, jalan kawasan lapang dan pungutan sisa pepejal dengan cepat, kemas dan memuaskan mengikut jadual yang ditetapkan.
  7. Membersihkan pokok tumbang dalam tempoh 1 hari dan menguruskan cantasan di kediaman dalam tempoh 1 minggu.
  8. Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan.
  9. Menyelesaikan urusan pelanggan di kaunter mengikut masa piawaian yang ditetapkan.