Bajet Majlis pada tahun 2009 adalah bertemakan ‘BAJET MESRA RAKYAT. Pada tahun 2009 fokus akan diberikan kepada kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dan menurap semula jalan-jalan seluruh Petaling Jaya.

Selain daripada penekanan kepada kepada kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur dan penghijauan Petaling Jaya, Majlis juga memberikan perhatian serius terhadap isu keselamatan, masalah kemiskinan bandar, kemudahan untuk orang kurang upaya dan tidak dilupakan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan oleh Alam Flora Sdn Bhd.

Selaras dengan tema bajet kerajaan negeri Sleangor 2009 iaitu "Merakyatkan Ekonomi Selagor", Majlis juga pada tahun 2009 tidak ketinggalan memberi kemudahan untuk mengurangkan beban masyarakat dan rakyat Petaling Jaya dengan tema "Bajet Mesra Rakyat"...

Muat turun/lihat Ucapan Bajet MBPJ 2009
Muat turun/lihat Ucapan Bajet MBPJ 2008

Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan MBPJ bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2005 dan 31 Dis 2006.
Tahun 2005. Tahun 2006.