KENYATAAN AKHBAR

JEMPUTAN MENYERTAI PERADUAN KITAR SEMULA KOTAK MINUMAN MULAI JULAI HINGGA DISEMBER 2008 ANJURAN BERSAMA MBPJ, KPT DAN TETRA PAK

Muat turun Borang Pertandingan(PDF format)

(right click, pilih save target as/save link as bagi pengguna IE atau Mozilla)

Dalam usaha mempromosikan konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycling) di kalangan masyarakat Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya bersama dengan KPT dan Tetra Pak di bawah prinsip usahasama Local Agenda 21 Petaling Jaya akan melancarkan Peraduan Kitar Semula Kotak Minuman mulai bulai Julai hingga Disember 2008. Peraduan menawarkan wang tunai sejumlah RM 24,000 dan juga insentif lain adalah terbuka kepada semua Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri/Kondominium, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, NGO, Sektor Swasta, Badan Kebajikan, Institusi Pengajian Tinggi, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, institusi keagamaan dan lain organisasi komuniti di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Objektif Peraduan adalah untuk meningkatkan lagi kadar kitar semula atau 3R di Petaling Jaya sebagai langkah mengurangkan sisa buangan ke tapak pelupusan sampah. Di samping itu, usahasama dan penyertaan semua pihak berkepentingan akan mengeratkan lagi integrasi social semua “players” 3R.

Peraduan dibahagi kepada 2 kategori dan untuk 2 pusingan. Kategori Pertama adalah merangkumi semua organisasi penduduk manakala Kategori Kedua adalah bagi organisasi bukan penduduk kecuali sekolah rendah dan menengah. Pusingan Pertama akan bermula pada bulan Julai hingga akhir September manakala Pusingan Kedua akan bermuila pada bulan Oktober hingga hujung tahun 2008. Hadiah wang tunai disediakan bagi semua pemenang dalam setiap kategori dan setiap pusingan seperti berikut. Keputusan adalah berdasarkan kepada keberatan kutipan kotak minuman.

Pertama RM 2,000
Kedua RM 1,500
Ketiga RM 1,000
5 Saguhati RM 500 setiap satu

Pemenang setiap kategori bagi kedua-dua pusingan akan memenangi juga RM 5,000 setelah Peraduan tamat. Selain daripada wang tunai tersebut, kutipan peserta juga akan diberikan pulangan wang tunai mengikut kutipan. Selain dari itu, organisasi penyertaan turut akan menerima sijil penyertaan dan juga bahan publisiti lain seperti poster, risalah dan sepanduk bagi membantu mempromosikan Peraduan ini.

Majlis Pelancaran Peraduan dijangka akan diadakan pada penghujung bulan Jun dan akan dimaklum kelak.

Pihak media adalah dijemput membuat hebahan ke atas program ini. Penyertaan dan sokongan ANDA semua akan menjayakan usaha Kerajaan dalam program 3R dan seterusnya meningkatkan kualiti alam persekitaran hidup kita. Bersama kenyataan ini turut disertakan borang penyertaan untuk makluman.

Organisasi yang berminat menyertai Peraduan dan untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi ataupun melayari laman web www.mbpj.gov.my bagi borang penyertaan: -

Encik Lee Lih Shyan
Pegawai Local Agenda 21 Petaling Jaya
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin
46675 Petaling Jaya

Telefon: 03-79563544 samb. 351/360/374
Faks: 03-79588392
E-mel: lee@mbpj.gov.my

Atau

Puan Haniyati binti Hussin
Pegawai Alam Sekitar
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Petaling Jaya
Tingkat 9 & 10, Menara MPPJ
46675 Petaling Jaya

Telefon: 03-79562939
Faks: 79575218
E-mel: haniyati@mbpj.gov.my

Atau

Puan Terrynz Tan
Pengarah Komunikasi dan Alam Sekitar
Tetra Pak
Telefon: 03-77291199
E-mel: terrynz.tan@tetrapak.com


About Local Agenda 21 Petaling Jaya

Local Agenda 21 originated from the Rio Earth Summit in 1992. The Summit recognised that for Agenda 21 to be successful, there must be action locally, as much as at national and global levels. This is Local Agenda 21.

Local Agenda 21 is a local-government-led, community-wide, and participatory effort to establish a comprehensive action plan for environmental protection, economic prosperity and community well-being in the local area. This requires the integration of planning and action across economic, social and environmental spheres. Key elements are visioning, partnership and participation, community based issue analysis, target setting for achieving specific goals, implementation, monitoring and reporting.

If Agenda 21 says think globally, Local Agenda 21 says think globally; act locally

Progress on Local Agenda 21 was followed up with the 2002 Rio + 10 in Johannesburg, South Africa. This conference was held to identify what had been done and to look at further action needed on global issues.

Local Agenda 21 Petaling Jaya was started in year 2000 with the selection of MPPJ as the pilot project area by the Ministry of Housing and Local Government to implement Local Agenda 21 program. Since then, mechanism for implementation, various action plans, publicity and training programs have been carried out. Local Agenda 21 Petaling Jaya emphasizes the partnership and participation of various stakeholders in planning, implementing and monitoring the sustainable development and community programs in which focuses are given to the social integration, safety and environmental aspects. For further detail on Local Agenda 21 Petaling Jaya and how you can involve, please contact Lee Lih Shyan, Local Agenda 21 Officer, MPPJ at tel.: 03-79563544 ext 351/360/374 or e-mail: lee@mbpj.gov.my or visit our web site www.mbpj.gov.my/la21.